XP Mode Dan Virtual PC Beta Sedia Di Muat Turun

XP Mode Dan Virtual PC Beta Sedia Di Muat Turun

Diterbitkan pada Mei 7, 2009 oleh .

Sekiranya anda sudah menggunakan Windows 7 RC, mungkin anda perasan yang mana fungsi Windows Virtual PC, ataupun XP Mode tidak terdapat di dalamnya. Windows XP Mode dan Virtual PC masih lagi dalam bentuk beta, dan anda boleh memuat-turunya berasingan dan mencubanya secara percuma bersama Windows 7 RC anda.

Windows 7 XP Mode
Fungsi Windows XP Mode Pada Windows 7

Melalui Windows XP Mode, para pengguna boleh memasang dan menjalankan pelbagai aplikasi yang dibina khas untuk Windows XP pada sistem operasi Windows 7 anda. Dengannya, anda boleh menjalankan Windows XP SP3 sebagai tetamu pada sistem Windows 7 anda, dengan penggunaan Windows Virtual PC.

Bagi yang masih tertanya-tanya, XP Mode bakal hanya didatangkan didalam Windows 7 versi Professional, Ultimate dan Enterprise sahaja dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit. Untuk dapat menggunakan XP Mode dalam prestasi yang baik, Microsoft mencadangkan komputer anda menggunakan sekurang-kurangnya 2 GB RAM.

Berbeza dengan XP Mode, Virtual PC bakal didatangkan dalam semua versi Windows 7 termasuk Home, Professional, Ultimate dan Enterprise. Dengan Virtual PC, anda boleh menjalankan aplikasi sepertimana ianya dipasang pada Windows 7 anda.


TIPS & ULASAN