Google baru sahaja memperkenalkan fungsi baru pada Google Friend Connect, iaitu kebolehan untuk menterjemah komen kepada bahasa pilihan anda. Sekiranya sebelum ini anda mendapat komen dalam bahasa Rusia, Mandarin dan sebagainya, yang sukar anda memahaminya, kini dengan hanya satu klik, anda boleh mengubahnya ke bahasa pilihan anda.
Untuk mereliasasikan perkara ini, Google menggunakan Translate API. Jadi mungkin terdapat sedikit kekurangan dan kesilapan dalam penterjemahan yang dilakukan. Namun begitu, ianya suatu fungsi yang menarik, dan lebih menarik lagi sekiranya ia dapat diintegrasikan ke dalam sistem komen WordPress dan sebagainya.