Carian
Firefox Bakal Menyertai Konsep Multi-Proses Chrome
May 8, 2009 Aman

Selepas Google Chrome memperkenalkan fungsi membahagikan tab kepada proses setiap sistem, yang mana menjadikan pelayar web lebih stabil, kini Mozilla turut bakal menyertakannya didalam Firefox. Walaubagaimanapun, ianya masih dalam perancangan dan perbincangan lagi.

Melalui suatu Wiki pada Mozilla Wiki, projek Content Processes mennyatakan bahawa setiap halaman yang dibuka melalui tab baru, patut dibahagikan kepada proses mereka tersendiri, yang mana bakal membawakan kadar respons yang lebih tinggi disamping meningkatkan kestabilan pelayar web itu sendiri.

Namun begitu, ianya masih kurang pasti, bilakah perkara ini akan diadaptasikan. Buat masa ini, ianya dibahagikan kepada 4 fasa dan satu fasa masa depan. Fasa pertama dijangka selesai sebelum 15 Julai 2009 ini. Dan mungkin kita dapat melihat implementasi keseluruhannya pada versi Firefox akan datang, atau mungkin didalam bentuk addon. Siapa tahu? Sama-sama kita mengikuti perkembangannya.

Komen