OpenOffice.org 3.1 Di Lepaskan

OpenOffice.org 3.1 Di Lepaskan

Diterbitkan pada Mei 8, 2009 oleh .

Versi terkini perisian aplikasi pejabat sumber terbuka, OpenOffice.org 3.1 telah pun dilepaskan dan sedia untuk dimuat-turun. Seperti mana diketahui ramai, selain daripada perisian Microsoft Office, OpenOffice.org merupakan aplikasi pejabat yang diguna pakai oleh ramai pengguna.

Kini, OpenOffice mengguna pakai teknologi anti-aliasing untuk menambah-baik bagaimana sesuatu gambar atau imej diperlihatkan pada skrin monitor anda. Melalui versi 3.1 ini, anda boleh perasan yang mana gambar dan imej, terutama carta, kelihatan lebih jelas dan kemas.

OpenOffice.org 3.1 juga mempermudahkan anda drag dan drop, yang mana kini, sekiranya anda memilih untuk drag (klik dan tarik sesuatu imej), imej tersebut akan dipudarkan dan tidak lagi hanya memperlihatkan imej dalam bentuk outline sahaja. Dengan ini, ianya lebih mudah untuk anda meletakkan sesuatu imej di lokasi kegemaran anda pada dokumen yang sedang ditulis atau di edit.

OpenOffice.org 3.1
Contoh Overlining Pada OpenOffice.org 3.1 [via]

Fungsi baru yang lain termasuk juga fungsi file-locking yang ditambah baik, selain fungsi overlining (garis diatas / kontra bagi underlining).

Selain daripada itu, setiap aplikasi pada OpenOffice.org menerima perubahan dan penambahbaikkan mereka tersendiri. Anda boleh membaca senarai penuh perubahan pada OpenOffice.org 3.1 sambil memuat-turun aplikasi pejabat mereka yang terbaru ini.


TIPS & ULASAN