Cari @ Amanz

Internet Explorer baru-baru ini kelihatan kepercayaan para pengguna dan mula kehilangan peratus penggunaannya. Untuk mengatasinya, Microsoft telah memperkenalkan IE8, dengan pelbagai fungsi baru. Terbaru, Microsoft membawakan fungsi New Session pada Internet Explorer 8.

Melalui fungsi ini, seseorang boleh mengakses lebih dari satu akaun yang menggunakan fungsi session (selalunya akaun emel, laman sosial dan sebagainya). Anda hanya perlu klik pada File, dan seterusnya pilih New Session. Sebuah tetingkap baru akan dibuka yang mana tidak berkongsi sebarang informasi dan data dengan tetingkap utama.

Fungsi ini berbeza dengan fungsi Private Browsing, dimana dengan Private Browsing, tetingkap asal akan dipadam, tetapi melalui funsgi New Sessions, tetingkap asal akan disimpan dan masih boleh dilayari seperti biasa.

Tetapi, anda perlu pastikan Internet Explorer anda dikemaskini kepada build yang terkini terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd