Simpan Fail Dalam Talian Dengan Ubuntu-One

Simpan Fail Dalam Talian Dengan Ubuntu-One

Diterbitkan pada Mei 12, 2009 oleh .

Canonical telah pun memperkenalkan servis cloud-computing-nya yang tersendiri kepada para pengguna hari ini yang mana diberi nama Ubuntu One. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam keadaan Beta dan hanya boleh mendaftar melalui jemputan sahaja.

Ubuntu One

Sama seperti servis simpanan fail dalam talian yang lain, seperti Dropbox, Ubuntu One juga menawarkan ruangan simpanan, yang mana memberikan ruangan percuma sebanyak 2GB, selain menyediakan ruangan sehingga 10GB pada harga $10 sebulan.

Fungsi utama laman Ubuntu One adalah mengintegrasikan fail anda dengan beberapa komputer yang lain melalui sebuah antaramuka web yang menarik. Sebuah aplikasi khas juga turut diperkenalkan untuk sistem operasi Ubuntu 9.04. Ini yang membuatnya lebih menarik berbanding servis simpanan fail dalam talian yang lain. Mungkin kita boleh melihat servis ini diintegrasikan didalam sistem operasi Ubuntu yang akan datang, yang mana dijangka bakal memberikan tumpuan yang lebih kepada cloud-computing.


TIPS & ULASAN