Setelah memperkenalkan Innit dan SmartPoll sebelum ini, semalam Nuffnang telah melancarkan Nuffnang XChange, iaitu salah satu widget yang mana memperlihatkan artikel-artikel terbaru daripada laman-laman pengguna Nuffnang dan juga dari laman Innit itu sendiri.
Contoh Pemakaian Widget Nuffnang di Chokilala [via]
Widget Nuffnang XChange ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu, bahagian RSS, bahagian Innit dan bahagian Status. Di bahagian RSS, ianya bakal memperlihatkan senarai artikel terbaru daripada laman ahli-ahli Nuffnang, manakala di bahagian Innit, ianya memperlihatkan kemaskini daripada blog aggregator milik Nuffnang, iaitu Innit. Di bahagian Status pula, ianya membolehkan anda meninggalkan mesej kepada para pembaca, yang mana anda boleh kemaskininya melalui halaman XChange.
Selain daripada itu, Nuffnang juga memasukkan iklaneka pada widget tersebut, yang mana membolehkan para penggunanya mendapat pendapatan tambahan melaluinya. Buat masa ini, XChange hanya boleh diakses oleh para pengguna yang berstatus Glitterati sahaja.
Kredit : Topo