Setelah sekian lama, Apple hari ini telah melepaskan Mac OS 10.5.7 melalui Software Update, yang mana pengguna Mac boleh mengaksesnya melalui menu Apple. Kemaskini ini merupakan suatu kemaskini yang dikhaskan kepada pengguna Mac OS X Leopard, yang mana membawakan pelbagai peningkatan dan penyelesaian masalah.
Antaramuka Desktop Mac OS X Leopard [via]
Secara umumnya, kemaskini ini membawakan beberapa perubahan secara amnya, iaitu:
- Peningkatan sekuriti dan penyelesaian pelbagai masalah berkaitan sekuriti yang telah dikenal pasti sebelumnya.
- Peningkatan prestasi mainan video.
- Menyelesaikan masalah yang berlaku apabila log masuk ke GMail.
- Mempertingkatkan keupayaan apabila sync senarai hubungan dengan Yahoo!
- ..dan pelbagai perkara lagi.
Anda dinasihatkan untuk membuat back-up sebelum membuat sebarang kemaskini, dan jangan menganggu sebarang proses pemasangan yang berlaku ketika kemaskini sedang dilakukan. Anda juga boleh memuat-turun kemaskini ini dari laman rasmi Apple.