Menapis Carian Di Google Kini Lebih Mudah

Menapis Carian Di Google Kini Lebih Mudah

Diterbitkan pada Mei 13, 2009 oleh .

Google hari ini telah memperkenalkan fungsi baru pada carian mereka yang mana membolehkan anda menapis hasil carian anda dengan mudah. Setiap carian yang dilakukan pada Google kini, disajikan dengan pilihan untuk menapis hasil carian dalam pelbagai bentuk.

Google Search
Kedudukan Tetapan Menapis Carian Pada Google

Anda kini boleh menapisnya dalam bentuk hasil carian (seperti video, forum dan sebagainya), atau mengikut masa (terkini, 24 jam yang lepas dan sebagainya), ataupun hanya menyajikan hasil carian seperti biasa. Selain daripada itu, dua pilihan tambahan juga disertakan, iaitu memperlihatkan hasil carian anda mengikut garis masa (timeline), ataupun pilihan baru, iaitu Wonder Wheel.

Melalui Wonder Wheel, ianya bakal memperlihatkan pautan-pautan berkaitan dengan hasil carian anda. Buat masa ini, hanya beberapa carian popular sahaja yang disajikan dengan keputusan carian dalam bentuk Wonder Wheel. Anda boleh melihat contoh bentuk Wonder Wheel untuk carian seperti Amazon, ataupun Apple.


TIPS & ULASAN