Kemaskini Aplikasi Picasa Anda Kepada Build 71.43

Kemaskini Aplikasi Picasa Anda Kepada Build 71.43

Diterbitkan pada Mei 15, 2009 oleh .

Setelah sekian lama, hari ini Google melepaskan versi kemaskini aplikasi pengurusan gambar dan imej mereka, Picasa. Picasa yang diberikan secara percuma oleh Google, membolehkan para pengguna membuat efek ringkas pada gambar atau imej mereka dengan lebih pantas dan mudah berbanding aplikasi lain.

Melalui versi terkini, Picasa 3 Build 71.43, beberapa perubahan yang dibawakan adalah seperti:

  • Peningkatan saiz video untuk dimuat-naik kepada Picasa Web Albums kepada 1GB.
  • Peningkatan dan penambah-baikkan beberapa fungsi sedia ada, seperti Sharpen, Glow dan Film Grain.
  • Pengenalan fungsi antaramuka dari kanan-ke-kiri untuk penggunaan bahasa Arab dan sebagainya.
  • Pelbagai penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti sebelumnya.

Menariknya, dalam beberapa hari akan datang, para pengguna akan mendapat mesej meminta mereka mengemaskininya secara automatik. Sekiranya anda ingin mengemaskini aplikasi Picasa anda hari ini juga, maka anda boleh memuat-turunnya secara manual daripada laman Picasa.


TIPS & ULASAN