Muktamar Pas Ke-55 Secara Langsung Di Web

Muktamar Pas Ke-55 Secara Langsung Di Web

Diterbitkan pada Mei 15, 2009 oleh .

Oleh kerana tidak mendapat liputan yang sama adil di stesen televisyen tempatan yang sedia ada, PAS semalam telah melancarkan laman web rasmi untuk muktamarnya yang ke-55 bagi membolehkan orang ramai mengikuti pelbagai ucapan dan perbahasan dengan lebih telus lagi, dan menariknya secara langsung melalui web.

Muktammar Pas Ke-55
Antaramuka Laman Muktammar PAS

Melalui laman khas yang diperkenalkan, iaitu Muktamar 55, ianya bakal memuatkan beberapa bahan berita dan video, selain membolehkan orang ramai mengikuti persidangan empat hari PAS secara langsung dengan lebih mudah lagi. Ke semua ucapan dasar, perbahasan dan sebagainya bakal di sajikan kepada orang ramai secara telus dan terbuka melalui laman tersebut.

Ruangan yang terbatas dalam beberapa media utama tanah air menjadikan beberapa parti pembangkang terpaksa menggunakan teknologi internet sebaiknya untuk menyampaikan ucapan dasar mereka kepada orang ramai. Penggunaan internet dan laman web telah banyak berubah sejak pilihan raya baru-baru ini, yang mana memperlihatkan kebanyakkan ADUN kini memiliki laman web peribadi ataupun blog mereka yang tersendiri.

Kredit : MalaysiaKini


TIPS & ULASAN