Cari @ Amanz

Setelah tidak begitu berjaya dengan Yahoo! 360, kini Yahoo! cuba menceburkan diri ke dalam arena blog-mikro. Hari ini, mereka telah memperkenalkan Yahoo! Meme, yang mana dilancarkan dalam bahasa Portugis. Buat masa ini, segala proses pendaftaran adalah melalui jemputan sahaja, dan belum dibuka kepada umum secara terbuka lagi.

Yahoo! Meme
Halaman Utama Yahoo! Meme

Konsepnya lebih kepada Tumblr atau Pownce yang telah menamatkan servis tidak lama sebelum ini, dimana para pengguna boleh berkongsi link, pandangan, imej, video dan sebagainya melalui Yahoo! Meme, dan tidak terikat dengan hanya 140 huruf seperti Twitter.

Yahoo! Meme
Antaramuka Laman Pengguna Yahoo! Meme [via]

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Yahoo! Meme hanya dilancarkan khas untuk para pengguna daripada Brazil. Brazil sebelum ini terkenal dengan penggunaan Orkut yang paling tinggi, jauh meninggalkan penggunaan MySpace dan Facebook di negara tersebut. Dengan pengenalan Yahoo! Meme khas untuk pengguna negara tersebut, mungkin Yahoo! dapat menguasai pasaran blog-mikro di negara tersebut.

Kredit : TechCrunch

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd