Carian
Chrome Extensions? Selamat Tinggal Firefox
May 16, 2009 Aman

Google Chrome adalah salah satu pelayar web yang boleh dianggap berjaya. Setelah mencapai lebih dari satu peratus pegangan pasaran dalam tempoh kurang setahun, kini mereka telah pun memperkenalkan sokongan kepada aplikasi pihak ketiga dikenali sebagai extensions.

Chrome Extensions
Salah Satu Contoh Penggunaan Chrome Extensions

Melalui kemaskini terkini untuk para pembangun, Chrome 2.0.180.0 membawakan sokongan kepada extensions, malah pihak Google sendiri telah memperkenalkan beberapa bentuk extensions yang ringkas sebagai idea awal untuk para pembangun.

Sehingga kini, ramai yang tidak menggunakan Chrome kerana tiada sokongan aplikasi pihak ketiga seperti yang disokong oleh Mozilla Firefox. Mungkin ini akan mengubah serba sedikit penggunaan pelayar web oleh para pengguna, sekaligus menguntungkan pihak pembangun Chrome.

Walaubagaimanapun, ianya mungkin mengambil sedikit masa sebelum Chrome mencapai bilangan extensions seperti yang ditawarkan oleh Mozilla Firefox. Untuk mencuba beberapa extensions yang disediakan oleh Google, anda hanya perlu memastikan anda mempunyai pelayar web Google Chrome yang terkini, iaitu versi 2.0.180.0.

Komen