Baru sahaja beberapa hari yang lepas Microsoft mengumumkan yang mana Office 2010 Technical Preview akan dilepaskan pada bulan Julai kelak. Namun begitu, sudah pun terdapat beberapa orang yang kini sudah dapat akses kepadanya, tanpa perlu menunggu lagi.
Antaramuka Word 2010 [via]
Walaubagaimanapun, selain daripada paparan antaramuka, tiada sebarang data dan penerangan yang diketahui buat masa ini. Oleh kerana ramai yang ternanti-nanti akan sistem operasi daripada Microsoft, iaitu Windows 7, Microsoft Office 2010 tidak begitu mendapat perhatian daripada para pengguna. Adakah ini salah satu cara promosi daripada Microsoft?
Oleh kerana versi yang bocor di internet ini bukanlah versi penuh, kelihatan seperti Microsoft tidak begitu ambil berat sangat hal ini. Lagipun, mereka mendapat faedah daripadanya, kerana para pengguna yang mencuba aplikasi itu terlebih dahulu sudah menjadi para penguji untuk pihak Microsoft secara percuma.