Carian
Wolfram Alpha – Enjin Carian Matematik dan Sains
May 16, 2009 Aman

Mungkin ramai yang sudah terdengar akan mengenai Wolfram Alpha, salah satu laman yang merevolusikan enjin carian dengan memaparkan data-data dengan kaedah yang menarik berdasarkan kata kunci yang disertakan. Ianya juga amat berbeza sekali dengan enjin carian biasa, yang memperlihatkan pautan ke web lain.

Wolfram Alpha - Kuala Lumpur
Carian Kuala Lumpur di Wolfram Alpha

Berbeza dengan enjin carian biasa, Wolfram Alpha mengumpul data dan menyimpannya dalam sebuah pangkalan data milkinya sendiri, seterusnya, mempersembahkannya dalam satu kaedah yang amat menarik dan tersusun sekali. Algoritma yang digunakan dalam membangunkan enjin carian ini adalah berdasarkan daripada aplikasi Mathematica yang dibangunkan oleh Stephen Wolfram.

Wolfram Alpha - Najib Razak
Wolfram Alpha – Carian Najib Razak

Menariknya, ianya bakal menjadi suatu laman yang amat diminati oleh para saintis, peminat matematik dan sebagainya. Walaubagaimanapun, masih terdapat pelbagai kekurangan pada laman tersebut, dimana bukan semua data terdapat pada enjin carian mereka. Sebagai contoh, apabila carian Najib Razak dilakukan, tiada sebarang hasil yang dipersembahkan, padahal beliau adalah perdana menteri Malaysia yang ke-enam.

Wolfram Alpha mungkin lebih menarik sekiranya digunakan untuk membuat carian bercirikan saintifik atau matematik, namun untuk pencarian data-data lain, mungkin WikiPedia atau Google boleh membantu.

Komen