Sudah sekian lama WordPress memperkenalkan fungsi audio dan video yang diguna pakai oleh mereka kepada para pengguna WordPress yang dipasang sendiri, melalui suatu plugin khas. Kini, mereka telah memperkenalkannya kepada para pengguna WordPress.com, dan menariknya, beserta dengan ruangan muat-naik video, pada suatu harga yang menarik.
Sebelum ini pun, mereka sudah lama menguji pemain video dan audio mereka, dengan menggunakan laman video khas mereka, WordPress.tv, dimana disana mereka mengumpulkan video-video berkaitan dengan WordPress dan dunia blog. Kini, mereka melangkah setapak lagi ke hadapan dengan membolehkan para pengguna WordPress.com memuat-naik video-video mereka sendiri ke dalam server WordPress.com.
Semestinya, ianya didatangkan dengan suatu harga. Tetapi, menariknya, setiap video yang dimuat-naik akan di kompress oleh sistem mereka, dan akan dibahagikan kepada beberapa format, seperti kualiti untuk tontonan web, kualiti DVD, HD dan juga yang dikhaskan untuk beberapa pemain video, seperti Miro dan sebagainya.
Anda juga boleh menggunakan khidmat hosting mereka, dan menyertakan (embed) video yang dimuat-naik di mana-mana laman, dalam sebarang format pilihan anda. Menariknya, khidmat hosting video ini juga didatangkan dengan fungsi statistik, membolehkan anda mengetahui sebarang statistik berkaitan sesuatu video yang dimuat-naik oleh anda.
Dan sekiranya, anda ingin mengehos sendiri segalanya, anda mungkin boleh menggunakan plugin pemain video WordPress, dan hoskannya sendiri bersama-sama blog WordPress anda.