Re.Views – Web Ulasan Pertama Tempatan

Re.Views – Web Ulasan Pertama Tempatan

Diterbitkan pada Mei 17, 2009 oleh .

Pernahkah anda terdengar akan laman Re.Views? Ianya merupakan salah satu laman yang menyediakan ulasan berkaitan pelbagai perkara, dan mempermudahkan para pengguna membuat pilihan, dan menyuarakan pendapat mereka, sama seperti laman Yelp, Epinions dan sebagainya.

Re.Views
Antaramuka Laman Re.Views

Menariknya, laman Re.Views adalah laman yang dikhaskan untuk para pengguna tempatan, dimana pelbagai produk-produk tempatan sudah pun terdapat ulasan ringkasnya pada laman tersebut. Anda juga boleh menambah sebarang ulasan, atau tinggalkan sebarang komen terhadap sebarang produk atau perkhidmatan pilihan anda, sekaligus mempermudahkan pengguna lain membuat pilihan.

Re.Views - Carian
Fungsi Carian Yang Menarik

Sekiranya anda merupakan pemilik perniagaan, anda boleh menyenaraikan perkhidmatan atau produk anda dalam laman ini secara percuma. Menariknya, sekiranya ia sudah tersenarai, anda boleh mengambil hak (claim) perniagaan anda, ataupun mendapatkan sebuah banner khas untuk laman anda.

Re.Views - Claim
Fungsi Khas Untuk Pemilik Perniagaan

Jadi, apa pendapat anda mengenai laman ulasan tempatan ini?


TIPS & ULASAN