Selepas melangkah angka versi dari 3.1 kepada 3.5, Mozilla kini turut sama bercadang untuk memberikan sedikit kemasan dan perubahan pada logo rasmi Firefox miliknya itu. Kali terakhir perubahan dilakukan terhadap logo Firefox adalah pada ketika versi Firefox 1.5 dilepaskan.
Evolusi Logo Firefox [via]
Perubahan yang dapat dilihat adalah dimana bulu pada badan dikurangkan, dan rekabentuk ekor musang lebih memperlihatkan apinya berbanding versi-versi sebelum ini.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya berkenaan perubahan logo Firefox ini. Alex secara ringkas menjawab persoalan itu, dimana dalam suatu pasaran yang menumpukan perhatian pada produk yang baru, laju dan ringkas, perubahan pada rekabentuk juga diperlukan, yang mana memperlihatkan perubahan berlaku pada sesuatu produk itu.
Jadi, apa pendapat anda dengan logo terbaru Firefox ini?