WordPress 2.8 Beta 1 Sedia Untuk Di Uji

WordPress 2.8 Beta 1 Sedia Untuk Di Uji

Diterbitkan pada Mei 17, 2009 oleh .

Mungkin ramai yang masih ternanti-nanti WordPress 2.8 yang mana bakal membawakan beberapa fungsi baru, seperti kebolehan untuk memasang tema dari ruangan dashboard dan sebagainya. Hari ini, pihak pembangun WordPress sudah pun melepaskan WordPress 2.8 Beta 1 untuk diuji para pengguna.

Melalui halaman codex, ianya memperlihatkan WordPress 2.8 bakal dilepaskan dalam bulan Mei, walaupun sebelum ini ianya dikatakan akan dilepaskan pada bulan April. Namun begitu, dengan pelepasan beta pertama hari ini, ianya sudah memperlihatkan bahawa ianya sudah hampir dengan tarikh pelepasan versi akhirnya.

WordPress 2.8 Theme
Fungsi Memasang Tema Pada WordPress 2.8 [via]

Kini, para pengguna boleh mengemas-kini WordPress dengan hanya satu klik melalui laman dashboard masing-masing tanpa perlu melalui kesukaran untuk memuat-naik fail dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin mencuba versi beta ini, anda masih perlu melakukannya secara manual.

Beberapa perkara baru dalam WordPress 2.8 adalah seperti:

  • Pengenalan fungsi memasang tema melalui halaman dashboard.
  • Ikon admin yang diperbaiki, dimana kini ianya menggunakan latar lutsinar, berbanding warna kelabu sebelumnya.
  • Komen sendiri para pentadbir tidak dinyatakan melalui emel.
  • Antaramuka widget yang dikemaskini.
  • Fungsi carian plugin yang dikemaskini.
  • Fungsi menyimpan (save) halaman apabila kekunci CTRL S ditekan.
  • Kini, semua pengguna boleh menggunakan fungsi Turbo.
  • dan pelbagai perkara baru lagi.

TIPS & ULASAN