Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang sudah kenal akan pelayar web yang diintegrasikan dengan fungsi-fungsi menarik untuk memudahkan anda melayar web-web sosial, iaitu Flock. Kini, melalui Flock 2.5, pelayar web tersebut sudah mula menyokong servis Twitter.

Flock 2.5
Flock 2.5 Mengintegrasikan Fungsi Twitter [via]

Flock diasaskan dengan menggunakan kod sumber Mozilla Firefox, cuma ianya ditambah akan dengan beberapa fungsi menarik yang memudahkan anda melayari dan sentiasa dikemaskini dengan aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku di beberapa laman-laman sosial terkemuka, seperti MySpace, Picasa, YouTube dan sokongan kepada platfom blog dan banyak lagi.

Melalui versi terkini, Flock membawakan sokongan kepada Twitter dan akses pantas kepada fungsi Facebook Chat dari sebarang halaman web yang anda sedang layari. Flock 2.5 menyediakan fungsi carian Twitter di halaman utama, selain menyediakan fungsi sidebar Twitter yang amat menarik sekali. Twitter kini menjadi suatu fenomena yang digilai ramai, dan pengintegrasian ini akan memudahkan para pengguna selain mengurangkan kebergantungan kepada aplikasi desktop yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd