Cari @ Amanz

Beberapa bulan akhir-akhir ini, banyak mesej atau boleh dikatakan spam berkaitan suatu produk penurunan berat. Medium utama penyebaran mesej tersebut adalah melalui Yahoo! Messenger.

YM Spam
Salah Satu Contoh Mesej Spam Yang Diterima Oleh Saya

Sekiranya anda juga mendapat mesej seperti ini,ini bermakna, ID rakan anda telah dicuri, dan kini digunakan sebagai salah satu medium untuk menghantar mesej-mesej berupa spam dan sebagainya kepada senarai rakan-rakan pada senarai hubungan miliknya.

Jadi, mungkin ramai tertanya, apakah yang akan didapati oleh orang dibelakang kegiatan ini dengan berbuat demikian? Secara tak langsung, mereka dapat mempromosikan barangan mereka dengan cara yang salah, selain menjana keuntungan sekiranya sesiapa membuat pembelian.

Walaubagaimanapun, kelihatan seperti pencuri ID ini tidak menukar kata laluan atau mengubah sebarang data lain. Untuk memastikan anda selamat daripada menjadi mangsa mereka, pastikan komputer anda tidak terdapat sebarang program key logger, dengan memasang antivirus, dan melakukan carian virus pada komputer anda. Seterusnya, selepas memastikan komputer anda tidak mempunyai sebarang program keylogger, anda bolehlah menukar kata laluan YM anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd