Terjemah Emel Dengan Mudah Di GMail

Terjemah Emel Dengan Mudah Di GMail

Diterbitkan pada Mei 20, 2009 oleh .

Selepas memperkenalkan fungsi terjemahan pada Google Friend Connect, kini Google membawakan fungsi terjemahan pada GMail pula. Fungsi yang masih dalam GMail Labs ini membolehkan anda menterjemah sesuatu emel dengan hanya satu klik.

GMail
Kedudukan Tab Untuk Menterjemah Pada Emel GMail [via]

Selepas anda mengaktifkan fungsi terjemahan pada GMail Labs yang didapati dibawah menu Setting, anda seterusnya akan dihidangkan dengan sebuah pautan khas untuk menterjemah sesuatu mesej di bahagian atas setiap emel.

Sebagai tetapan asas, semua mesej akan diterjemah kepada Bahasa Inggeris, namun anda boleh mengubah tetapan ini dengan mudah. Walaubagaimanapun, seperti yang anda semua sedia maklum, terjemahan yang selalu dilakukan melalui laman-laman menterjemah selalunya teruk, dan menggunakan ayat yang tunggang-langgang, namun maksud akhirnya boleh difahami serba sedikit.


TIPS & ULASAN