Android “Rosie” – Masa Depan Android?

Android “Rosie” – Masa Depan Android?

Diterbitkan pada Mei 20, 2009 oleh .

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum berkenaan dengan sistem operasi iPhone 3.0 yang bakal dilepaskan tidak lama lagi, beserta dengan pencabar baru, iaitu Palm Pre. Bagaimana pula dengan Android? Terkini, beberapa video Android “Rosie” memperlihatkan antaramuka serba baru.

Android Cupcake ataupun Android 1.5 baru sahaja dilepaskan, dan Android “Rosie” ini dikatakan kini dalam pembangunan. Melalui video khas yang kini sudah terdapat di internet, ianya memperlihatkan antaramuka Android yang lebih maju, selain diintegrasikan dengan lebih banyak widget dan fungsi-fungsi serba baru.

Data-data lain berkenaan dengannya tidak didapati.


TIPS & ULASAN