Dengan Windows 7 menghampiri fasa terakhir, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah logo Windows 7 kelak pada versi akhir nanti. Bagi menjawab persoalan tersebut, ianya mungkin lebih kurang dengan apa yang diperlihatkan oleh Microsoft China pada laman webnya.
Microsoft China sudah mula menayangkan Windows 7 dengan memperlihatkan logo baru pada halaman utama mereka, selain pada halaman muat-turun Windows 7 RC. Mungkin ianya merupakan logo akhir Windows 7 yang bakal digunapakai pada versi akhir nanti kelak, atau mungkin juga tidak.
Sampul DVD Windows 7 RC Dengan Logo Baru [via]
DVD Windows 7 RC Dengan Logo Baru [via]
Selain pada laman web Microsoft China, beberapa barangan promosi Windows 7 juga mengguna pakai logo terbaru ini, termasuk pada sampul DVD, banner dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sehingga kini, masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Microsoft sendiri.