Google Suggest Kini Memperlihatkan Pautan Terus

Google Suggest Kini Memperlihatkan Pautan Terus

Diterbitkan pada Mei 21, 2009 oleh .

Hampir setiap masa, Google berusaha untuk memperkenalkan sesuatu yang baru. Kini, Google mula memperlihatkan pautan dan iklaneka melalui Search Suggestion yang diintegrasikan dalam enjin cariannya. Pautan dan iklaneka ini diperlihatkan sebelum anda membuat sebarang carian, malah ketika anda sedang menaip sesuatu kata kunci.

Google Suggest
Contoh Pautan Terus Pada Search Suggestion

Sebelum ini, fungsi Search Suggestion hanya memperlihatkan kata kunci sahaja. Walaubagaimanapun, mulai hari ini, Google mula memperlihatkan pautan terus ke sesuatu laman web, dimana sekiranya anda memilih pilihan tersebut, anda akan terus dibawa ke laman tersebut, tanpa perlu melalui hasil carian.

Ianya lebih kurang seperti penggunaan fungsi I’m Feeling Lucky pada Google, tetapi kini ianya lebih dipermudahkan. Menariknya, selain pautan terus ke sesuatu laman web, iklaneka juga turut sama diintegrasikan ke dalam Search Suggestion, dimana ianya diperlihatkan pada penghujung senarai Search Suggestion.

Sekiranya sebelum ini, iklan hanya dihidangkan pada halaman hasil carian, kini Google sudah memperlihatkan iklan tanpa sebarang gangguan ketika anda ingin membuat carian, selain mengintegrasikan fungsi pautan pada Search Suggestion. Menarik bukan?

Kredit : TechCrunch


TIPS & ULASAN