Ramai yang membangunkan web di alam maya ini, tetapi bukan semuanya mempunyai pengetahuan berkenaan dengan JavaScript, XML dan sebagainya. Atas dasar ini, Mozilla hari ini memperkenalkan Jetpack, yang mana membolehkan sesiapa pun boleh membangunkan addon untuk Firefox.
Jetpack, yang mana masih dalam fasa pembangunan membolehkan sesiapa pun boleh membangunkan addon untuk Firefox dengan penggunaan HTML dan sedikit CSS. Malah, ianya turut menyokong Javascript, tetapi bukan suatu keperluan.
Selain itu, Jetpack juga membawakan fungsi untuk menggunakan sesuatu addon tanpa keperluan untuk memulakan semula (restart) pelayar web Firefox anda seperti sebelumnya. Sebelum ini, anda perlu memulakan semula pelayar web Firefox sebaik sahaja selesai memasang sesuatu addon yang baru.
Jetpack masih lagi dalam fasa pembangunan, yang mana ianya mungkin terdapat pelbagai masalah yang masih belum dikenal pasti lagi. Walauapapun, saksikan video berikut, dan lihat apa yang boleh dilakukan oleh Jetpack.