Pelayar Web Chrome Kini 30% Lebih Pantas

Pelayar Web Chrome Kini 30% Lebih Pantas

Diterbitkan pada Mei 22, 2009 oleh .

Perkara yang paling diminati pada pelayar web Google Chrome adalah kepantasan dan betapa mudahnya untuk menggunakan pelayar web tersebut. Kini, melalui kemaskini versi stabil terbaru, Google memperlihatkan pelayar webnya lebih 30% laju berbanding sebelumnya.

Selain daripada itu, beberapa fungsi yang diperkenalkan pada versi pembangun juga turut diintegrasikan pada versi stabil terbaru ini. Google Chrome 2.0 ini membawa pelbagai fungsi termasuk fungsi auto-fill borang, fungsi paparan skrin penuh (full-screen), selain peningkatan kestabilan dan kelajuan pelayar web itu sendiri.

Chrome
Kadar Kelajuan Membuka Laman Web Yang Makin Meningkat

Selain itu, Chrome 2.0 juga membawakan peningkatan kawalan pengguna pada halaman tab baru. Kini, anda boleh membuang thumbnail laman-laman yang anda lawati dengan mudah.

Ianya sudah 8 bulan sejak Chrome dilancarkan, dan ianya memperlihatkan peningkatan setiap hari. Malah kadar penggunaannya juga meningkat dengan drastik sekali. Sekiranya anda menggunakan pelayar web Chrome, anda boleh kemaskini ke versi terkini dan menikmati segala ciri-ciri baru yang disertakan sekali.


TIPS & ULASAN