Carian
Lihat Inbox GMail Anda Ketika Sedang Loading
May 22, 2009 Aman

Mungkin dibeberapa kawasan, anda hanya mendapat capaian internet yang rendah, dan membuatkan ianya mengambil masa yang agak lama untuk membuka akaun GMail anda. Untuk mengatasi perkara ini, Google memperkenalkan fungsi Inbox Preview, dimana anda boleh melihat paparan sementara inbox akaun anda sementara tunggu loading.

Inbox Preview di GMail
Fungsi Inbox Preview Yang Di Perkenalkan Oleh Google

Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda perlu klik pada tab Labs di Settings, seterusnya aktifkannya daripada situ. Selepas diaktifkan, kali seterusnya anda masuk ke akaun GMail anda, fungsi Inbox Preview akan diperlihatkan.

Selain daripada itu, Google juga turut menyediakan fungsi untuk membuka emel dengan hanya menggunakan HTML sahaja, yang mana sudah diperkenalkan sejak lama dahulu, untuk para pengguna dengan capaian internet rendah.

Komen