Sudah sekian lama tiada acara besar berlangsung, setelah acara BarCampKL tidak lama sebelum ini. Terkini, IBM bakal mengadakan IBM Business Reality Summit yang mana bakal membincangkan dan memberi fokus khas kepada para usahawan SME.
IBM Business Reality Summit bakal memberikan fokus utama kepada SME yang mana bakal membantu mereka memperlihatkan peluang yang boleh didapati pada ketika ekonomi merudum kini. Salah satu perkara menarik pada IBM Business Reality Summit ini adalah pertandingan yang mana menawarkan hadiah sehingga RM100,000 kepada salah satu SME yang datang pada hari tersebut.
Menariknya, ianya akan diadakan di tiga bandar utama diseluruh negara, iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Johor Baharu masing-masing pada 26 Mei, 28 Mei dan juga 3 Jun 2009. Di Kuala Lumpur sahaja, ianya dijangka lebih 700 eksekutif kelas-C dan pengurus IT bakal hadirkan diri pada acara ini.
Anda boleh mendaftarkan diri anda untuk menghadirinya, atau anda juga boleh mengikutinya melalui Twitter, atau melihat video-video temuramah di YouTube. Anda juga boleh mengikuti perbincangan mengenai IBM Business Reality Summit ini di Facebook atau LinkedIn.