Perlihatkan Data Analytics Anda Kepada Umum

Perlihatkan Data Analytics Anda Kepada Umum

Diterbitkan pada Mei 23, 2009 oleh .

Hampir kebanyakkan orang menggunakan Google Analytics untuk mengukur statistik sesuatu laman web atau blog. Menariknya, kini anda boleh menjadikan data Google Analytics anda boleh dilihat oleh orang awam, dan bukannya seperti dahulu lagi.

Sebelum ini, ramai yang hanya akan kongsi akan data-data daripada AWStat dari CPanel untuk tontonan umum. Walaubagaimanapun, data daripada AWStat tidak setepat Google Analytics. Malah, kebanyakkan pengiklan dan syarikat besar yang ingin meletakkan iklan di sesuatu laman web atau blog lebih akan yakin sekiranya anda memperlihatkan data Google Analytics anda.

Google Analytics
Contoh Counter Google Analytics

Sekiranya anda menggunakan WordPress untuk menulis blog, anda boleh memuat-turun plugin khas yang mana boleh memperlihatkan data Google Analytics anda sama seperti apa yang diperlihatkan oleh Feedburner sebelum ini. Selain itu, sekiranya anda merupakan seorang pembangun, mungkin anda boleh melihat API Google Analytics, dan membangunkan sesuatu dengannya.


TIPS & ULASAN