Yahoo! – Carian Imej Untuk Tujuan Komersial

Yahoo! – Carian Imej Untuk Tujuan Komersial

Diterbitkan pada Mei 27, 2009 oleh .

Mulai hari ini, Yahoo! membolehkan para penggunanya membuat carian imej dengan lebih pilihan, termasuk dengan membolehkan para pengguna membuat carian imej berlesenkan Creative Commons atau imej untuk penggunaan komersial.

Yahoo! Carian Imej
Fungsi Carian Imej Creative Commons Pada Yahoo!

Lesen Creative Commons membolehkan pemilik memberikan kebenaran kepada para pengguna yang lain untuk menggunakan hasil kerja mereka tanpa sebarang halangan, berdasarkan bentuk lesen CC yang dipilih oleh pemilik hasil kerja tersebut.

Pengintegrasian ciri-ciri ini didalam enjin carian Yahoo! mungkin adalah senang berbanding enjin carian yang lain. Ini kerana kebanyakkan imej dan gambar di Flickr milik Yahoo! dilesenkan dibawah Creative Commons, dan pengintegrasian fungsi ini memudahkan lagi para pengguna membuat carian imej yang boleh digunakan untuk tujuan komersial.


TIPS & ULASAN