Favicon Bing Mula Kelihatan

Favicon Bing Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Mei 27, 2009 oleh .

Jika sebelum ini Microsoft sudah mengumumkan penggunaan Bing sebagai nama baru bagi penjenamaan semula Live Search, hari ini beberapa pengguna sudah dapat melihat favicon awal bagi enjin carian barunya itu.

Bing
Favicon Bing [via]

Favicon yang mana turut sama melambangkan logo baru bagi enjin carian daripada Microsoft itu, memperlihatkan huruf “B” berwarna biru dengan titik berwarna oren ditengahnya. Sebelum ini, ketika fasa pembangunan dan pengujian, Microsoft menggunakan nama Kumo dengan penggunaan warna yang lebih kurang sama pada halamannya, iaitu warna biru dan oren.

Microsoft berharap dapat memecahkan monopoli enjin carian Google dengan memperkenalkan teknologi enjin carian barunya itu, yang mana didatangkan dengan perbelanjaan pengiklanan sehingga $100 juta. Ianya dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.

Buat masa ini, Kumo.com.my membawa para pengguna kepada laman carian Live Search, manakala Bing.com.my hanya memperlihatkan paparan halaman kosong. Selain itu, Bing.my pula membawa para pengguna kepada satu laman (mungkin penyedia hosting percuma) – Life.Name.my.


TIPS & ULASAN