Pembangun Opera 10 Menguji Antaramuka Baru

Pembangun Opera 10 Menguji Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Mei 28, 2009 oleh .

Pihak pembangun Opera kini sedang giat membangunkan pelayar web yang dikatakan antara yang terpantas didunia itu. Melalui versi pembangunan Opera 10 yang terkini, pihak pembangunnya memperkenalkan perubahan pada rekabentuk dan antaramuka.

Antaramuka Opera 10 Yang Baru
Antaramuka dan Rekabentuk Opera 10 Yang Baharu [via]

Melalui versi pembangunan Opera 10 yang terbaru ini, mereka memperlihatkan antaramuka yang lebih kurang seperti Chrome dari Google, dengan memperkenalkan tab pada bahagian atas, dan toolbar pada bahagian kiri. Jika anda perasan, sekiranya anda menghilangkan bar navigasi yang utama, ianya akan kelihatan sama seperti Chrome, cuma dengan penggunaan warna yang gelap.

Walaubagaimanapun, versi pembangunan Opera 10 ini tidak mengintegrasikan fungsi baru yang bakal diperkenalkan pada Opera 10 kelak. Ini kerana, mereka lebih mengutamakan ujian rekabentuk dan antaramuka baru ini. Tetapi, pelbagai permasalahan yang dikenal pasti sebelum ini telah banyak diselesaikan dalam versi pembangunan ini.

Sebelum ini, Opera 10 Alpha telah memperkenalkan penggunaan Opera Turbo, selain menggunakan enjin javascript terpantas di dunia dan menepati ujian Acid3. Anda boleh memuat-turun versi pembangunan Opera 10 yang terbaru melalui pautan yang disediakan pada halaman pihak pembangun Opera 10.


TIPS & ULASAN