Pengintegrasian Voize.my Di Laman MalaysiaKini

Pengintegrasian Voize.my Di Laman MalaysiaKini

Diterbitkan pada Mei 28, 2009 oleh .

Sekiranya anda ada memasuki laman MalaysiaKini dari semalam, mungkin ada yang terperasan integrasi laman Voize.my dalam bentuk iFrame pada bahagian bawah laman MalaysiaKini. Ianya masih tidak diketahui tujuan utama pengintegrasian tersebut, tetapi, berkemungkinan besar, tiada kaitan dengan pengenalan rekabentuk baru untuk MalaysiaKini.

Voize Di Laman MalaysiaKini
Kedudukan Halaman Voize.my Di Penghujung Laman MalaysiaKini

Bagi yang tidak mengenal laman Voize.my, ianya merupakan salah satu laamn yang memfokuskan cara hidup dan hiburan, dan ditujukan khas untuk para pembaca remaja dan orang muda. Ianya dikuasakan oleh WordPress, dan baru-baru ini, iaitu pada bulan April 2009, pihak pembangunnya telah memperkenalkan rekabentuk baru yang lebih memudahkan pembacaan.

Pengintegrasian yang dilakukan pada halaman MalaysiaKini adalah hanya versi minimal dan bukannya versi penuh halaman Voize.my. Selain itu, halaman Vozie.my hanya kelihatan pada halaman utama MalaysiaKini berbahasa Inggeris, dan tidak kelihatan dihalaman-halaman lain.


TIPS & ULASAN