Berkongsi Skrin Dengan Mudah Melalui Skype

Berkongsi Skrin Dengan Mudah Melalui Skype

Diterbitkan pada Mei 28, 2009 oleh .

Skype telah mengeluarkan versi terkini untuk para pengguna Windows, iaitu Skype 4.1 Beta dan membawakan fungsi tambahan baru, iaitu kebolehan untuk berkongsi skrin ketika sedang bersembang. Kemaskini ini juga menyelesaikan beberapa masalah pepijat dan penambahbaikkan dari segi video.

Skype Untuk Windows
Skype Untuk Windows

Walaupun ianya merupakan fungsi baru untuk para pengguna Windows, fungsi seumpamanya telah terlebih dahulu diperkenalkan kepada para pengguna Mac. Dengan fungsi terbaru ini, anda boleh berkongsi skrin desktop anda dengan rakan anda, dengan hanya klik pada butang Share. Anda juga seterusnya boleh memilih samaada ingin berkongsi keseluruhan skrin desktop anda atau hanya sebahagian sahaja.

Bersama-sama dengan itu, Skype 4.1 Beta juga membawakan kebolehan untuk mengimport senarai hubungan daripada servis pihak ketiga, termasuk GMail, Windows Live, dan Yahoo!. Dengan itu, ianya lebih mudah untuk anda berhubung dengan rakan-rakan anda, dan berkongsi perkara-perkara penting dan sebagainya.


TIPS & ULASAN