Cari @ Amanz

Baru sahaja beberapa hari yang lepas, Google melepaskan Chrome 2.0 untuk para pengguna biasa, dan kini Google telah melepaskan Chrome 3.0 untuk diuji terlebih dahulu oleh para pembangun. Anda boleh mendapatkannya melalui saluran khas untuk pembangun.

Melalui Chrome 3.0.182.2 yang baru dilepaskan, beberapa perkara baru turut diperkenalkan sekali, seperti fungsi video tag, pemeriksaan ejaan (auto-spell-correct), dan menyelesaikan beberapa masalah yang telah dikenal pasti pada versi-versi sebelum ini.

Chrome 3.0 juga menggunakan beberapa teknologi pelayar web terkini seperti WebKit 531.0, enjin JavaScript V8 versi 1.2.5.1 dan Gears versi 0.5.21.0. Walaubagaimanapun, antara masalah yang dikenal pasti melalui versi pembangunan Chrome 3.0 adalah seperti saiz tulisan yang kecil selain masalah dihadapi ketika melayari khidmat emel dari Yahoo!.

Setelah hanya lebih kurang lapan bulan, Google telah memperkenalkan Chrome dari versi 1.0 kepada verso 3.0 dengan agak pantas sekali, sedangkan Mozilla masih lagi sedang membangunkan Firefox 3.5 sejak melepaskan Firefox 3.0 tahun lepas, manakala Microsoft baru sahaja melepaskan Internet Explorer 8 pada bulan Mac, selepas melepaskan Internet Explorer 7 pada akhir tahun 2006.

Anda boleh mencuba Google Chrome 3.0 dengan melanggan kepada saluran pembangun dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd