Microsoft Bing – Bukan Sekadar Enjin Carian

Microsoft Bing – Bukan Sekadar Enjin Carian

Diterbitkan pada Mei 29, 2009 oleh .

Bagi yang mengikuti berita teknologi beberapa hari ini, mungkin akan perasan akan penjenamaan semula Live Search kepada Bing (dahulunya menggunakan nama kod Kumo). Dan hari ini, laman Bing.com yang mana hanya memperlihatkan halaman kosong sebelum ini, kini sudah mula memperlihatkan mesej akan datang kepada umum.

Bing merupakan salah satu usaha daripada Microsoft untuk mendapatkan tempat dihati pengguna sebagai sebuah enjin carian. Malah lebih daripada itu, Microsoft menggunakan perkataan “Decision Engine” (enjin keputusan), dan ianya merupakan evolusi daripada enjin carian Microsoft sedia ada, iaitu Live Search.

Bing juga bukan hanya evolusi enjin carian daripada Microsoft, tetapi juga digunakan untuk mengukuhkan jenama enjin cariannya di mata pengguna. Sebelum ini, Microsoft mengatakan Live Search gagal mendapat tempat kerana kekurangan promosi dan penjenamaan yang kurang kukuh. Untuk mengatasi perkara ini, Microsoft menyediakan lebih kurang $100 juta untuk tujuan promosi sahaja.

Jadi, apa kata anda?


TIPS & ULASAN