Silverlight 3 Bakal Di Lepaskan Pada Bulan Julai 09

Silverlight 3 Bakal Di Lepaskan Pada Bulan Julai 09

Diterbitkan pada Mei 29, 2009 oleh .

Penantian untuk versi Sliverlight seterusnya bakal berakhir, apabila Microsoft mengesahkan yang mana Silverlight 3 bakal dilepaskan pada 10 Julai 2009. Aplikasi pesaing terdekat Adobe Flash ini telah banyak menerima perubahan dalam tempoh kurang daripada setahun.

Youtube dan Silverlight
YouTube Turut Menyokong Silverlight [via]

Silverlight 2 dilepaskan oleh Microsoft pada Oktober tahun lepas, dan Silverlight 3 Beta diperlihatkan pada MIX09 bulan Mac 2009. Pada MIX09, pelbagai fungsi baru yang diintegrasikan pada Silverlight 3 diperlihatkan.

Antaranya ialah kebolehan untuk memainkan aplikasi Silverlight tanpa pelayar web, penambahbaikkan fungsi video, sokongan kualiti yang ditambah-baik, dan kebolehan untuk memainkan video secara langsung dengan kualiti HD dan banyak lagi.


TIPS & ULASAN