Windows 7 Bakal Di Lepaskan Pada 22 Oktober

Windows 7 Bakal Di Lepaskan Pada 22 Oktober

Diterbitkan pada June 3, 2009 oleh .

Microsoft telah mengumumkan secara rasminya yang mana Windows 7 bakal dilepaskan pada 22 Oktober 2009. Ini bermakna, anda sudah boleh membeli dan menggunakan sistem operasi terbaru daripada Microsoft, ataupun membeli komputer dengan Windows 7 mulai daripada 22 Oktober 2009.

Windows 7
Antaramuka Desktop Windows 7 [via]

Sebelum ini, Microsoft telah mengatakan bahawa Windows 7 bakal berada dipasaran sebelum Krismas lagi, dan hujung bulan Oktober nampaknya tarikh yang dipilih oleh Microsoft. Selain daripada itu, Ubuntu 9.10 juga bakal dilepaskan pada bulan Oktober ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN