Cari @ Amanz

Nampaknya penjenamaan semula Live Search kepada Bing mula berlaku secara sedikit demi sedikit. Kini, anda boleh mengakses ke enjin carian terbaru Microsoft – Bing.com. Projek yang mengguna pakai nama Kumo sebelum ini mula diperkenalkan kepada para pengguna mulai 28 Mei 2009.

Menariknya, bukan sahaja enjin carian Live yang menerima kesannya, malah beberapa aplikasi Live yang turut mula berpindah menggunakan nama Bing pada aplikasi mereka. Pusat Komuniti WebMaster Bing turut diperkenalkan, dan URL lama akan terus dihalakan ke URL terbaru ini.

Selain daripada Microsoft juga telah menjenamakan semula Live Maps mereka kepara Bing Maps. Live Search Club pula dijenamakan semula kepada Club Bing. Pelbagai jenama Live lain juga dijangka bakal dijenamakan semula dan proses penjenamaan semula ini dijangka akan selesai ada 3 Jun 09.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd