Opera 10 Beta Membawa Sokongan Tab Bervisual

Opera 10 Beta Membawa Sokongan Tab Bervisual

Diterbitkan pada June 7, 2009 oleh .

Baru beberapa hari yang lepas pihak pembangun Opera memperkenalkan antaramuka pelayar baru untuk versi pembangunan Opera 10, dan kini, mereka telah pun melepaskan Opera 10 Beta, yang mana membawa perubahan daripada pelbagai aspek, termasuk lebih pantas daripada sebelumnya.

Opera 10 - Tab Visual
Tab Visual Pada Opera 10 [via]

Seperti pada awal lagi, Opera 10 Beta masih mendapat skor 100% pada ujian Acid3, selain membawa kepantasan pelayaran yang lebih pantas dari sebelumnya. Selain itu, Opera 10 Beta juga memperkenalkan tab preview bervisual, yang mana mengubah fungsi tab sebelumnya kepada bentuk yang lebih menarik dan interaktif.

Mulai versi 10 ini juga, Opera kini sudah mulai menyokong kemaskini automatik untuk pelayar web Opera, sekaligus tidak lagi menyukarkan para pengguna untuk mengemaskini pelayar web mereka setiap kali kemaskini terbaru dilepaskan. Selain itu, kini ianya diintegrasikan bersama Opera Turbo, yang mana membolehkan laman web dilayari pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding biasa walaupun menggunakan sambungan internet yang perlahan.

Anda boleh mencuba Opera 10 Beta sekarang, dan melihat fungsi-fungsi baru yang bakal diperkenalkan dalam Opera 10 nanti.


TIPS & ULASAN