Cari @ Amanz

Mungkin boleh dikatakan kekurangan blog aggregator yang dibangunkan khas untuk penulis dan pembaca blog di Malaysia. Antara yang dikenali ramai adalah Project Petaling Street, Blogtitude dan kini muncul pula laman baru yang dibangunkan oleh Bat InfoMalaya dan Crynobone yang dinamakan FeedMalaya.

FeedMalaya
Antaramuka Laman FeedMalaya

Berbeza dengan aggregator yang lain, FeedMalaya mengintegrasikan Facebook bersama aggregator, yang mana memudahkan pengurusan pengguna di laman FeedMalaya, sekaligus memudahkan para pengguna berkongsi pautan menarik antara satu sama lain. Selain itu, FeedMalaya juga menarik segala data (seperti likes dan sebagainya) daripada Facebook juga pautan yang sama dikongsikan di laman Facebook. Aplikasi Facebook juga disediakan oleh pihak pembangun FeedMalaya.

Anda juga boleh meninggalkan komen dan menyukai sesuatu pautan atau artikel dengan klik pada pautan berkenaan di FeedMalaya. Untuk membolehkan anda berbuat demikian, anda hanya perlu log masuk ke dalam FeedMalaya menggunakan akaun Facebook, dan tiada sebarang pendaftaran yang diperlukan.

Buat masa ini, pembangun FeedMalaya masih tidak bercadang untuk membolehkan para pengguna menambah blog mereka secara sendiri. Hal ini kerana, mereka inginkan hanya blog-blog yang berinformasi dan berkaitan dengan teknologi sahaja yang disenaraikan didalam FeedMalaya. Sekiranya blog anda tergolong dalam kategori tersebut, anda boleh menghubungi mereka dengan menghantarkan emel ke hello[at]feedmalaya.com. Anda juga boleh mengikuti perkembangan semasa laman FeedMalaya melalui akaun Twitter mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd