Carian
Facebook Kini Laman Sosial Terpopular di Malaysia
June 8, 2009 Aman

Setelah sekian lama Friendster menjadi laman sosial popular di Malaysia, kini takhta tersebut diambil-alih oleh Facebook. Laman sosial Facebook kini menjadi laman ke-empat popular di Malaysia, meninggalkan Friendster yang berada ditangga ke-tujuh, MySpace ditangga ke-sebelas dan Tagged ditangga ke-dua belas.

Selain di Malaysia, Facebook juga kelihatan mendominasi negara-negara barat, dan kini mula mendominasi beberapa negara di Asia. Tetapi ianya masih lagi baru, dan kebanyakkan negara asia mengguna pakai laman sosial yang dibangunkan oleh pembangun tempatan mereka sendiri Cyworld di Korea Selaan, Mixi di Jepun, Wretch di Taiwan, QQ di China dan Zing di Vietnam. Pengguna dari Filipina pula masih berpegang kepada Friendster, manakala pengguna dari India lebih meminati Orkut. Data-data ini yang dikumpulkan oleh Vincos adalah disusun berdasarkan data daripada Alexa dan Google Trends.

Laman Sosial
Taburan Laman Sosial Mengikut Negara[via]

Malaysia sendiri mempunyai beberapa laman sosial yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, seperti Ikon.my dan juga Connection, namun ianya kurang mendapat perhatian dan sambutan daripada para pengguna tempatan, yang mana lebih gemar menggunakan Facebook, Friendster dan laman-laman yang seumpama dengannya.

Kredit : TechCrunch

Komen