Cari @ Amanz

Setelah sekian lama memperkenalkan iPhone 3G, kini Apple telah pun memperkenalkan versi iPhone yang terbaru, yang mana diberi nama iPhone 3GS. “S” pada nama barunya itu membawa maksud “Speed” yang mana menurut Apple, iPhone 3GS lebih pantas membuka aplikasi ataupun membuka laman web berbanding sebelumnya.

iPhone 3GS

iPhone 3GS yang baru ini menggunakan prosessor sedia-bina yang baru, yang mana menurut Apple, ianya membawakan kelajuan melayari laman web yang lebih pantas, selain membolehkan aplikasi digunakan dan dijalankan dalam masa yang lebih singkat berbanding sebelumnya. Selain itu, iPhone 3GS yang terbaru ini juga mengguna-pakai tenaga bateri yang lebih rendah berbanding sebelumnya, sekaligus membolehkan anda dapat menggunakan telefon bimbit pintar anda itu lebih lama.

Selain daripada itu, fungsi kamera juga dinaik-taraf pada iPhone 3GS. Kamera pada iPhone 3GS membawakan resolusi sehingga 3 megapixel, yang mana membolehkan anda auto-fokus, dan menyokong fungsi tag pada video dan gambar. Selain itu, kini sebarang aplikasi boleh diintegrasikan bersama-sama dengan fungsi kamera, menjadikan penggunaan kamera lebih menarik lagi.

iPhone 3GS juga menyokong kelajuan 3G sehingga 7.2 Mbps, dan grafik 3D. iPhone 3GS dijangka bakal berada di pasaran US mulai 19 Jun, dan masih tiada berita berkaitan sama ada iPhone 3GS yang bakal dibawa masuk oleh Maxis ataupun tidak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd