Safari 4 Sedia Di Muat Turun Sekarang

Safari 4 Sedia Di Muat Turun Sekarang

Diterbitkan pada June 9, 2009 oleh .

Mungkin ramai yang sudah mencuba Safari 4 Beta yang diperkenalkan pada awal tahun ini, yang mana membawakan kelajuan pelayaran web yang dipertingkatkan dengan mengguna-pakai enjin JavaScript yang dipanggil Nitro, selain memperlihatkan peningkatan dari segi grafik dan pengenalan antaramuka yang baru. Kini, secara rasminya, Safari 4 telah pun dilepaskan dan sedia dimuat-turun oleh para pengguna.

Safari 4
Safari 4

Satu fungsi baru yang diminati pada Safari 4 adalah coverflow yang mana membolehkan anda membelek dan melihat laman web seperti anda sedang melihat suatu album. Walaubagaimanapun, fungsi ini tidak disokong oleh komputer yang tiada kad grafik, atau mempunyai keupayaan grafik yang lemah.

Safari 4
Safari 4

Safari 4 adalah salah satu pelayar web yang berasaskan Webkit selain daripada pelayar web Google Chrome. Selain itu, Safari 4 juga adalah pelayar web pertama (selain versi beta) yang menyokong sepenuhnya ujian Acid3. Daripada beberapa ujian yang dijalankan, Safari boleh dikatakan antara pelayar web yang terpantas, tetapi amat menyedihkan kerana Safari mengguna-pakai lebih banyak RAM berbanding pelayar web yang lain.

Safari 4 didatangkan bagi para pengguna Mac OS X yang menggunakan Leopard 10.5.6, Tiger 10.4.11, Windows XP SP2, dan Vista.


TIPS & ULASAN