Kebanyakkan pengguna tidak mempunyai begitu banyak masa untuk mencari add-on khas untuk Firefox daripada ribuan add-on yang terdapat di internet ini. Untuk mengatasi perkara ini, Mozilla hari ini memperkenalkan Firefox Add-On Collections (Koleksi Add-On Firefox), yang mana memudahkan anda memasang dan mengikuti perkembangan add-on dengan mudah.
Sesiapa sahaja boleh membuat koleksi add-on Firefox kegemaran mereka, dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka dengan mudah. Anda hanya perlu mendaftar di laman Firefox, seterusnya pilih nama koleksi add-on anda dan memilih add-on yang anda ingin sertakan dalam koleksi anda. Seterusnya, anda boleh berkongsi koleksi tersebut dengan rakan-rakan anda yang menggunakan Firefox.
Sebagai permulaan, beberapa koleksi add-on telah pun disediakan oleh pihak Mozilla sendiri, iaitu seperti Web Developer’s Toolbox, Social Circuit dan juga Family Organizer.