Microsoft Bakal Memperkenalkan Morro Versi Beta

Microsoft Bakal Memperkenalkan Morro Versi Beta

Diterbitkan pada June 11, 2009 oleh .

Sebelum ini, Microsoft telah mengumumkan tidak lagi akan membangunkan Live OneCare, sebaliknya menggantikannya dengan aplikasi antivirus, Microsoft Morro. Morro dijangka akan dilepaskan pada akhir tahun ini secara percuma, dan beta pertamanya dijangka akan dilepaskan dalam masa terdekat ini.

Live OneCare mungkin dianggap tidak begitu berjaya, disebabkan para pengguna perlu membayar untuk menggunakan servis tersebut, tetapi ianya berlainan konsep dengan Morro, yang mana bakal diberikan secara percuma. Secara asasnya, ramai pengguna yang menyukai aplikasi percuma, dan ramai yang masih bergantung kepada aplikasi antivirus percuma seperti Avira dan AVG Free. Dengan adanya aplikasi antivirus daripada Microsoft, ianya mungkin akan lebih memudahkan para pengguna, malah lebih mendapat keyakinan para pengguna berbanding antivirus percuma yang lain.

Aplikasi Morro ini dijangka menemui para pengguna pada akhir 2009 dan boleh digunakan pada platform Windows 7, Vista, dan XP. Sebelum ini, Microsoft telah mengumumkan bahawa Windows 7 dijangka dikeluarkan pada akhir tahun 2009 juga.


TIPS & ULASAN