Kemaskini Blog WordPress Anda Kepada WordPress 2.8

Kemaskini Blog WordPress Anda Kepada WordPress 2.8

Diterbitkan pada June 11, 2009 oleh .

Lewat sehari daripada yang dijanjikan, hari ini Matt Mullenweg telah mengumumkan pelepasan WordPress 2.8, yang mana boleh dimuat-turun dari laman rasmi mereka, ataupun dikemaskini secara automatik sekiranya anda menggunakan WordPress 2.7 atau yang terkini. Salah satu fungsi baru diperkenalkan dalam WordPress 2.8 adalah kebolehan untuk memasang tema baru terus daripada dashboard.

Melalui versi WordPress 2.8, kebanyakkan kod telah diperkemaskan, sekaligus membawakan kelajuan pelayaran yang lebih pantas berbanding sebelumnya. Pelbagai masalah yang telah dikenal-pasti dalam versi sebelumnya juga telah diselesaikan, selain membawakan lebih kawalan keatas widget Dashboard mereka, dan halaman lain di kawasan pentadbir. Cara komen diuruskan juga diubah pada WordPress 2.8 dimana para pentadbir boleh melihat komen ketika mengubahsuai sesuatu artikel.

Tema dan Plugin lama masih disokong pada WordPress 2.8, selain masih mengguna-pakai antaramuka dashboard yang sama seperti WordPress 2.7. Anda boleh memuat-turunnya dan mencubanya sekarang, atau membaca dengan lebih lanjut mengenai perubahan pada WordPress 2.8 pada laman Codex.


TIPS & ULASAN