Upin dan Ipin : Angkasa Bakal Babitkan Kos RM6 Juta

Upin dan Ipin : Angkasa Bakal Babitkan Kos RM6 Juta

Diterbitkan pada June 12, 2009 oleh .

Seperti yang sedia maklum sebelum ini, Upin dan Ipin : Angkasa bakal membawakan watak adik-beradik kembar yang diminati ramai, Upin dan Ipin sebagai teraju utama dalam misi mengembara dan meneroka ruang angkasa lepas dengan pelbagai pengalaman menarik termasuk bertemu makhluk asing.

Filem animasi 3D selama 90 minit yang mana dijangka bakal ditayangkan pada 2011 ini bakal membabitkan bajet yang lebih berbanding filem Geng : Pengembaraan Bermula, iaitu sebanyak RM6 Juta. Les’ Copaque bakal melabur semula keuntungan hasil kutipan dari filem Geng : Pengembaraan Bermula, selain berbincang dengan beberapa pihak seperti TM dan Mimos Berhad untuk menaja sebahagian kos filem dan membantu dari segi teknologi.

Upin dan Ipin : Angkasa
Teaser Upin dan Ipin : Angkasa

Dengan kejayaan filem animasi 3D Geng : Pengembaraan Bermula, Les’ Copaque telah membuka mata pelbagai pihak, dan filem Upin dan Ipin : Angkasa yang bakal ditayangkan pada 2011 kelak, dijangka akan memperlihatkan hasil animasi yang lebih baik daripada Geng : Pengembaraan Bermula, sekaligus menaikkan lagi martabat industri animasi 3D tanah air di persada antarabangsa.


TIPS & ULASAN