Muat-Turun Safari 4 Menjangkaui Angka 11 Juta

Muat-Turun Safari 4 Menjangkaui Angka 11 Juta

Diterbitkan pada June 13, 2009 oleh .

Setelah tiga hari melepaskan Safari 4, kini Apple mengumumkan bahawa aplikasi pelayar webnya itu telah dimuat-turun lebih 11 Juta kali oleh para pengguna seluruh dunia. Menariknya, hampir separuh daripada muat-turun (iaitu hampir 6 Juta muat-turun) dilakukan pada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows.

Safari 4
Safari 4

Safari 4 membawakan kelajuan pelayaran yang mana dikatakan 3 kali ganda lebih pantas daripada Firefox 3 dan IE8, selain memperkenalkan enjin JavaScript baru yang dinamakan Nitro membolehkan JavaScript dibuka lebih 8 kali ganda pantas berbanding IE8. Safari 4 juga memperkenalkan fungsi CoverFlow yang mana membolehkan anda membelek dan melihat laman web seperti anda sedang melihat suatu album.

Tahun ini memperlihatkan persaingan sihat antara semua pembangun pelayar web, dimana Microsoft telah melepaskan Internet Explorer 8, Google kini sudah pun mula membangunkan Chrome 3.x, Mozilla pula dalam fasa terakhir untuk melepaskan Firefox 3.5, dan Opera telah mengeluarkan Opera 10 Beta baru-baru ini.


TIPS & ULASAN